Posted by: kuyan | Mac 19, 2005

I have my own blog?

Wahai saudaraku, apalah ertinya,

Membuat concert untuk mengutip derma,

Membantu mangsa Tsunami yang merana,

Menteri dan pemimpin pun bersubahat sama,

Lelaki perempuan bebas berjoget bersuka–ria,

Dengan cara yang mungkarnya nyata?

Wahai saudaraku,apalah ertinya,

Mahu naikkan nama Malaysia di mata dunia,

Dengan menjual suara, auratnya di Albert Hall pula,

Pijak semut pun tak mati si dia kononnya,

Dianugerahi suara merdu, tapi utk melalaikan kita,

Daripada mengingati Sang Pencipta Allah Yang Esa.

Wahai saudaraku apalah ertinya,

Mahu dijadikan ‘hub’ makanan halal dunia,

Apabila dibiarkan penipuan berleluasa,

Tanda halal dipalsukan sewenang–wenangnya,

Masuk akhbar, kelam–kabutlah pihak penguasa,

Sedangkan sudah berlaku, sekian lama?

Wahai saudaraku apalah ertinya?

Semua ini di depan mata kita?

Adakah mahu berdiam sahaja?

Fikir–fikirkanlah untuk kebaikan bersama,

diberikan akal, mata dan telinga,

Untuk bertindak, mungkin tiada kuasa,

Sekurang–kurangnya di hati,rasa benci itu ada,

Itulah selemah–lemah iman manusia,

Namun lebih elok daripada tiada.

21 March 2005

Assalamualaikum semua… Aku syukur sgt hari ni sebab dapat saksikan satu
kuasa Allah… Kalau korang ingat…ada satu ketika dulu aku email kat
korang citer pasal sorang minah journalist British, Yvonne Ridley yg
pernah jadi tahanan Taliban dulu… Baru tadi aku gi dinner islamic
society university aku nak kumpul duit bina surau kat sini…Islamic
Society jemput dia kasi talk…So..dia ceritakan pengalaman dia kena
tahan ngan Taliban dan macamana hidup dia berubah lepas tu… Masa tengah
kecoh Amerika and British nak attack Afghanistan dan Taliban…Yvonne
ngan 3 member dia nak masuk Afghanistan interview rakyat
tempatan…Taliban tak kasi diorang masuk…So…Macam2 cara diorang
try…last-last…diorang terpaksa menyamar pakai mcm purdah tutup muka…Nak
diringkaskan cerita…Yvonne ni naiklah keldai…dia ingat macam naik
kudalah…rupa-rupanya keldai tu buat perangai…Yvonne ni menjeritlah dgn
kuatnya sebab dia nak terjatuh……last-last…terkantoi ngan askar
Taliban…Pastu dia cuaklah…kena tangkap…naiklah trak…on the way…askar
taliban ngan member dia kat dpn bawak trak tu mcm bertengkar pasal
dia…pastu trak tu stop…giler cuak Yvonne ni…Taliban… “wah…jahat
giler”…(Tulah yg western media describe…yang ada dalam fikiran
dia..)…pendeklah umur dia kalau camni..Diorang suruh dia keluar…dan
suruh dia berdiri kat satu tempat tinggi ni…pastu askar tu
blah…ramailah org Afghanistan tgk2 Yvonne…dalam hati dia dia rasa pasni
dia mesti mati nyer…kena baling batu ke…kena tembak ke…Cuak
jer…Pastu…Askar tu datang balik bawak sorang minah…Lorr…Rupanya askar
tu nak check Yvonne ni ada senjata ke tak…Bila minah tu check
Yvonne…askar tu malu2, dia pun dia berpaling…Yvonne ni pun tengkinglah
kata dia takde senjata…Dia angkat jubah dia (dalam tu pakai seluar
panjang) tunjuk kat semua org…semua lelaki malu2..berpaling…Macam
kononnya askar Scotland angkat skirt tunjuk ‘benda alah tu’..Itu cara
dia describe suasana time tu…Pastu..minah yg check dia pun lempang
Yvonne sebab cuak ngan dia…(He..he…padan muka..) Bila dah sampai kem
taliban…dia kena masuk satu bilik ni…Pastu…selama beberapa hari dia
kena soal siasat…tapi dia kata…soalan yg diajukan kelakar…Adalah mamat
translator kat situ…Askar Taliban tanya dia nama ayah dia…nama atuk
dia…(Typical org Arab kan suka tanya keturunan..)Tanya agama dia…Tanya
dia apa dia tahu tentang Islam…Kadang2 Yvonne ni berkasar jugak jawab
soalan diorang…tapi dia tak kena sentuh apa pun dari askar2 taliban
ni…Sampai satu hari ni…Yvonne diberitahu ada orang ‘Penting’ nak jumpa
dia…dan dia disuruh jaga perangai sikit…So…okaylah…dia ikut jelah cakap
diorang…Tiba-tiba…ada seorang lelaki ni…muka bercahaya…pakai jubah…ada
tasbih kat tangan…(Yvonne kata macam pakai make-up je mamat
ni..)..masuk jumpa dia…Pastu..Orang ni pun tanyalah Yvonne tentang
agama dia…Yvonne katalah dia Kristian Protestan..Yvonne ditanya
pendapat tentang Islam…Yvonne cakaplah…”Ohh..Islam
best…bagus”..camtulah lebih kurang..orang ni pun macam tahu Yvonne ni
ntah ye ke tak ikhlas cakap camtu…Pastu Yvonne pun cakap lebih kurang
camnilah…”Okaylah…kalau awak bebaskan saya…saya akan belajar tentang
agama awak..”Mamat tu pun senyum je..Pastu dia kata kat askar2..soh
bawak Yvonne ni pergi…Yvonne ni gembiralah…ingat dah boleh
balik…rupanya tak…Dia dibawa ke kem tahanan join beberapa org red cross
yg kena tangkap sebab cuba sebarkan agama kristian…Yvonne pun macam
kagum gaklah sebab org2 ni tak diapa-apakan…org2 red cross ni siap
bising-bising lagi sembahyang cara diorang…sampai Yvonne ni pun risau
takut Taliban cuak…tapi tak…okay je…dah lepas beberapa hari dia ditahan
di situ…barulah taliban announce satu dunia nak bebaskan
dia…So..Happylah Yvonne ni akhirnya dibebaskan jugak…Tapi…tgk2 wakil
British tak dtg amik dia…Kerajaan Pakistan yang amik
dia…So..takpelah…sekurang-kurangnya dia bebas… Lepas tu…kecoh semua org
tanya dia apa khabar?Teruk tak kena belasah ngan Taliban?Macamana
layanan diorang?Bila Yvonne jawab dia dilayan dgn penuh hormat…orang
macam hampa…tak percaya…”biar benar minah ni”..tu respons majoriti yg
tanya…Orang macam tak percaya gila… And siap ada petikan akhbar kata
dia kena rapelah…torturelah…tu yang Yvonne pelik tu…Dan…seperti yang
dia janjikan kat orang yang muka bercahaya tu…Yvonne pun belajarlah
tentang Islam…Cara dia ceritakan tadi tu memang nampaklah pintu hati
dia dah terbuka untuk Islam…dia kagum dengan cara Islam memartabatkan
wanita…tu yang dia paling kagum…Dia pun ceritalah tadi yg banyak dugaan
yg dia hadapi…tohmahan org…even kawan2 journalist dia pun kutuk dia…ada
yg kata dia penyokong Usama bin Laden…siap ada org caci dia
lagi…panggil dia macam-macam…keluarga dan sanak-saudara dia pun tak
support dia…Tapi…hati dia dah ternyata terbuka untuk Islam….Ramai juga
ahli akademik Islam…brothers…sisters yg bantu dia…beri jalan untuk
dia…InsyaAllah dia akan jadi saudara baru kita…sama-samalah kita berdoa
agar Yvonne Ridley terus diberikan petunjuk dan hidayah…okay? Aku nak
sgt jumpa dia salam ngan dia…tapi dia dah balik…tulah aku…sibuk sangat
makan… Aku harap cerita aku ni dapat jadi satu pengajaran kepada
kita…kita senang-senang dah dilahirkan Islam…selalu amik
kesempatan…Sedangkan orang2 macam Yvonne Ridley…Yusuf Islam…banyak
dugaan yg diorang hadapi sebelum Nur Islam tu datang dan menerangi hati
diorang…Kita patut cemburu ngan diorang ni sebab diberikan hidayah…And
pengalaman diorang haruslah kita jadikan pengajaran…semamangnya Allah
itu Maha Berkuasa… Lastly…maafkan aku kalau cerita aku ni terlari sikit
dari apa yang Yvonne Ridley ceritakan tadi…aku try nak ingatkan balik
apa yg dia ceritakan…maafkanlah aku atas kekurangan dan ke’toya’an BM
aku…Yelah..C3 je SPM…He..he..
Forwardkanlah email ni kat sesaper…hopefully dapat dimanfaatkan dan
dijadikan pengajaran…
Ini pengalaman aku kat university. Dalam 2 minggu lepas ada talk ttg
war on Iraq…Ada 2 speakers…Salah sorang tu academician memang keturunan
Palestine…So… Okay…bila ckp ttg Iraq…taklehlah lari ngan
Israel…kan…sebab weapons of mass destruction tu yg saikonye Israel…tapi
takde org kecoh pun…so…memang intention US nak minyak lah kan…
Well…anyway…sedang speaker beceramah…adalah dia citer pengalaman pahit
keluarga dia kena halau ngan Israel…ada sorang mamat ni pulak, at the
same time, sibuk2 nak ckp ngan kitorang nyer Islamic Society VP, Farin.
Dah rasa mcm ada sesuatu yg tak kena dah…mengganggu talk pulak tu… Bila
dah habis talk…masa ada jamuan ringan…tgk2 mcm ada group of people tgh
kecoh2…lorr…mamat tu…apahal ni? Aku pun gilah…rupanya mamat tu punyalah
laknat…dia tgh kecoh2 nak bawak issue ttg talk tu ke atas…sbb dia kata
menjatuhkan org Yahudi…mcm discriminationlah…mcm racismlah…Mamat tu
president Jewish society rupanya…Saiko…selamba je…Siapa yg racist?Tak
ke Israel yg bapak apartheid…Bapak Racist…So…ingatkan habis kat situ
jelah…sbb kitorang kata nak bawak naik ke atas naiklah ke atas…bukannya
salah apa pun… So…rupa-rupanya bangsa laknat ni tak habis kat tu
jer…semalam…lagi hebat…aku gi lah talk on War on Iraq…salah sorang
speaker dia sorang minah journalist ni…Yvonne Ridley…pernah kena
tangkap ngan taliban dulu…so…talk tu memanglah menarik…banyak membuka
minda aku…ttg niat sebenar US…Britain jadik pak turut…minah ni pun
memang dah pernah gi kem di Jenin…and banyak tempat org
Palestine…Okay…sebelum tu banyak giler polis kat uni aku…rasa lain
macam jer…nampak banyak bas pulak tu…apahal ni?Tiba2 group yg organise
talk tu kata jom kita march…gi mana?Confused nyer aku…aku pun gi
lah…giler…pengalaman menarik betul…kitorang pun
soraklah…one..two..three..four..occupation no
more…five..six..seven..eight..no more war no more hate…polis beratur
aje…wah…mcm dlm movie je…giler…Pastu kitorang sampai kat building
ni…dpt tahu yg tgh ada Students Union meeting…kitorang takleh
masuk…pastu…aku ngan member try masuk kot lain…kena
halau…saiko…oklah…kitorang pun nak balik…pastu tiba2…kat entrance lain
ni…ada mamat tgh cover badan dia ngan flag Israel…ait?Apa ni…aku ngan
member ikutlah mamat tu…tgk2 penuh ngan students Israel from banyak
university sorak2 giler babi…mcm best je…pastu ada minah ni bagi
kitorang leaflet…”Don’t attack Israel…attack Racism”..hah?Peliknye
aku…setahu aku Israel tu subset Racism…Tanya minah tu…dia kata meeting
tu susulan lecturer Jewish kena sacked sebab dia Jewish…aku tak puas
hati lagi…mcm ada benda je lagi…pastu, barulah dpt tahu yg bangsa
laknat ni…tak tahulah camner…dpt bankitkan beberapa usul ttg penindasan
org terhadap bangsa dia…salah satunya…boikot product Israel sbb tak
setuju ngan tindakan Israel terhadap Palestine…Laknat ni kata cara tu
menindas diorang…Yg peliknya…mcm mana boleh usul ni bawak ke Students
Union?Bangsa laknat ni…kalau nak capai sesuatu…boleh buat apa saja…yg
vote tu pun bukan semua org…hanya committee members Students Union
je…Tapi dpt feedback semalam kata usul tu akan memihak ke
Israel..maksudnya…memang salah kalau ada society kat university aku
condemn zionism…ajak org boikot produk2 Israel…kalau buat…melanggar law
university ni…kalau ada society buat, akan dianggap RACIST!!!!Patutlah President Jewish Society tu bersunggh-sungguh nak bawak Islamic Society ke atas…ada udang di sebalik batu…. GILA TAK????
Aku bengang giler…memang betullah bangsa laknat ni
lincah….tapi…sekarang aku dah sedar..sekurang-kurangnya aku dah tahu
perangai sebenar bangsa yang dilaknat Tuhan ni…memanglah ada gak org
Yahudi yang baik…menentang Zionism dan Israel…and kita takleh pulak nak
pandang buruk kat semua org Yahudi…diorang manusia gak…kena hormat
sebagai seorang manusia…tapi yg sesetengah tu…yg mcm kat university aku
ni…SAIKO!!!!!!!! So, aku harap pengalaman aku ni dapat menyedarkan kita
semua ttg keadaan dunia sekarang…aku harap kita semua dapat bukak
mata….sekurang-kurangnya ambil tahu ttg issue2 ni…toksah gi
McDonald’s…Starbucks…Coffee Bean…gi je kat warung kopi…gerai2…toksah
minum COKE…PEPSI…tu je dah
cukup…please…pesan kat member2 lain…Tgk Al-Jazeera….kat UK ni takdelah
peluang…TV kat sini semua pro Zionist…. Take care everyone…sampai hari
ni tak tahu keputusan usul2 yg dibangkitkan ni… Nanti aku kasitahu
korang…. Love, Kuyan

I can’t even remember that I even have my own
blog….unbelievable….tomorrow my husband’s friend and his wife are
coming over..well..in fact I should go to sleep now..got to wake up
very early tomorrow…

I am pissed off because still could not find the solution to my eigenvalue analysis on STATCOM…guess
what..it’s already my 3rd year..but still doing some basic
things…haven’t touched the real thing yet…this is just the surface…but
I am lost already….Ya Allah give me strength…to face this test of
yours…..

It’s Mama and Abg Adem’s birthday today….Need to skype home now!!!!

Will write again later…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: