Posted by: kuyan | Mac 23, 2005

My first ever article – in Malay of course!!!

Even if this will not go anywhere except here..well…here goes nothing….

PhD muda negara

Setelah
membaca tentang kejayaan membanggakan oleh Encik Nazmil Faiz Mohamed
Aris, kehebatan adik Ahmad Harraz Mohd. Reza, dan tidak lupa pula Nur
Amalina Che Bakri, saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya
tentang keupayaan anak muda melayu kita dalam memartabatkan Malaysia
dalam bidang pendidikan amnya dan penyelidikan khasnya.

Suka
saya untuk menceritakan serba – sedikit tentang kejayaan seorang lagi
rakyat kita. Beliau telah pun memperoleh PhD dalam usia yang baru
mencecah 25 tahun, pada tahun lepas, di sebuah universiti terkemuka
United Kingdom. Yang lebih membanggakan ialah beliau telah mendapat
biasiswa daripada universiti tersebut untuk pengajian PhD kerana
kejayaan beliau yang amat cemerlang ketika menuntut dalam BEng di
universiti yang sama. Semasa pengajian PhD, beliau juga telah membuat
kajian dengan salah sebuah syarikat terkemuka United Kingdom. Kejayaan
rakan saya ini juga jarang-jarang dicapai oleh anak melayu kita. Beliau
kini sedang menunggu isteri beliau yang juga bakal memperoleh PhD dalam
bidang kejuruteraan di universiti yang sama, juga antara yang termuda
di negara kita.

Sebenarnya, ramai lagi graduan PhD dan bakal
graduan PhD muda yang telah dan akan terhasil, khususnya anak Melayu
kita, cuma kita kurang cakna tentang keadaan ini. Saya amatlah
bersetuju dengan pandangan Tun Dr. Mahathir tentang situasi hari ini
apabila ramai saintis Muslim yang menyumbang pengetahuan mereka dalam
bidang sains dan menjalankan penyelidikan dalam bidang teknologi di
negara maju, negara bukan Islam, kerana negara-negara Islam
meminggirkan mereka dan tidak melayan mereka dengan baik.

Saya
amatlah berharap perkara ini tidak terjadi di tanahair kita sendiri.
Saya, dan rakan-rakan seperjuangan yang lain sememangnya mahu pulang ke
tanahair sebaik sahaja tamat pengajian, kerana kami, seperti saudara
Najmil, juga bercita-cita untuk lahirkan lebih ramai graduan tempatan
yang sama hebat, bahkan lebih hebat daripada graduan negara maju.

Jika di UK mereka ada pelbagai peruntukan untuk saintis ‘postdoctoral’mereka, yang kebanyakannya juga masih muda, seperti EPSRC,BBSRC,ESRC,RCUK,
maka kami juga amatlah berharap pihak kerajaan dan swasta turut
menyokong dan menghargai perjuangan kami dalam bidang penyelidikan,agar
kami dapatlah ‘duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi’ dengan
pesaing-pesaing kami di negara maju. Memang tidak dapat dinafikan
betapa pentingnya pelaburan terhadap golongan saintis muda tempatan
yang penuh dengan idea segar, seperti saudara Najmil dan rakan saya,
kerana kamilah bakal penggenggam kejayaan negara menjelang wawasan 2020
nanti. Jika tidak, maka tidak mustahil seandainya potensi kami
dikenapasti oleh negara-negara maju itu sendiri, lantas diterkam mereka.

Saya
akhiri dengan kata-kata Presiden Sukarno yang lebih kurangnya begini
‘Berikan saya 10 orang pemuda, maka akan bisa saya goncangkan dunia’

Sekian,terima kasih.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: