Posted by: kuyan | Mac 24, 2005

Chewah..!!!!

My article masuk Forum utusan gaks!!!
Tapi banyak editlah…but it’s oklah…..

Banyak lagi kejayaan sudah dicapai anak Melayu

Saudara Pengarang,
SETELAH membaca mengenai kejayaan
membanggakan yang dicapai oleh Nazmil Faiz Mohamed Aris, cerita
kehebatan adik Ahmad Harraz Mohd. Reza, dan tidak lupa juga Nur Amalina
Che Bakri, saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat saya berhubung
keupayaan anak-anak muda Melayu kita dalam memartabatkan Malaysia dalam
bidang pendidikan amnya dan penyelidikan khasnya.

Suka saya menceritakan di sini serba sedikit tentang kejayaan seorang lagi rakyat kita di United Kingdom (UK).

Beliau
telah pun memperoleh PhD dalam usia yang baru mencecah 25 tahun pada
tahun lepas di salah sebuah universiti terkemuka UK.

Yang
lebih membanggakan ialah beliau telah mendapat biasiswa daripada
universiti itu sendiri untuk pengajian PhD kerana kejayaannya yang amat
cemerlang ketika menuntut dalam ijazah kejuruteraan di universiti yang
sama.

Semasa pengajian PhD, beliau juga telah membuat kajian dengan salah sebuah syarikat terkemuka di United Kingdom.

Kejayaan rakan saya ini juga jarang-jarang dicapai oleh anak Melayu kita.

Beliau
kini sedang menunggu isterinya yang juga bakal memperoleh PhD dalam
bidang kejuruteraan di universiti yang sama dan juga antara yang
termuda di negara kita.

Sebenarnya, ramai lagi graduan PhD
dan bakal graduan PhD muda yang telah dan akan terhasil, khususnya anak
Melayu kita. Cuma kita kurang cakna atau kurang ambil berat tentang
keadaan ini.

Saya amat bersetuju pandangan Tun Dr.
Mahathir Mohamad tentang situasi hari ini apabila terdapat ramai
saintis Muslim yang menyumbang pengetahuan mereka dalam bidang sains
dan menjalankan penyelidikan dalam bidang teknologi di negara maju dan
negara bukan Islam kerana negara-negara Islam meminggirkan mereka dan
tidak melayan mereka dengan baik.

Saya amatlah berharap perkara ini tidak terjadi di tanah air kita sendiri.

Saya
dan rakan-rakan seperjuangan yang lain sememangnya mahu pulang ke tanah
air sebaik sahaja tamat pengajian kerana kami seperti saudara Najmil,
juga bercita-cita untuk melahirkan lebih ramai graduan tempatan yang
sama hebat, bahkan lebih hebat daripada graduan negara maju.

Jika
di UK mereka ada pelbagai peruntukan untuk saintis pasca-doktor mereka
yang kebanyakannya juga masih muda, maka kami juga amatlah berharap
pihak kerajaan dan swasta turut menyokong dan menghargai perjuangan
kami dalam bidang penyelidikan, agar kita dapat `duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi’ dengan pesaing-pesaing kita di negara maju.

Memang
tidak dapat dinafikan betapa pentingnya pelaburan terhadap golongan
saintis muda tempatan yang penuh dengan idea segar, seperti saudara
Najmil dan rakan saya, kerana kamilah bakal menggenggam kejayaan negara
menjelang wawasan 2020 nanti.

Adalah tidak mustahil seandainya potensi kami dikenal pasti oleh negara-negara maju itu sendiri, lantas diterkam oleh mereka.

Saya
akhiri dengan kata-kata Presiden Sukarno yang lebih kurang begini:
“Berikan saya 10 orang pemuda, maka akan bisa saya goncangkan dunia”.
KUYAN, Coventry, United Kingdom.


Respon

  1. Oleh PELAJAR UK
    SAYA merujuk surat pembaca bertajuk ‘Najmil Faiz, wira sebenar bangsa’ yang disiarkan Harakah dan Harakahdaily baru-baru ini.

    Saya
    mengenali Najmil Faiz sejak bertahun-tahun lalu kerana tinggal
    berdekatan di Leeds, UK. Secara asasnya, saya menyokong sebarang
    anugerah kepada pelajar yang cemerlang, dengan syarat, biar dia
    benar-benar cemerlang.

    Maksud saya, Najmil Faiz dicalonkan
    sebagai pelajar terbaik, cemerlang, gemilang sebab beliau adalah Naib
    Presiden Kelab Umno Leeds/Bradford! Ini yang membuatkan saya naik angin
    dengan Umno.

    Saudara boleh search ‘google’ untuk melihat nama Najmil Faiz iaitu dalam laman web Kelab Umno UK.

    Masa balik ke Malaysia ketika bercuti, beliau digandingkan dengan Amalina (yang dapat 18A di peringkat SPM). Amalina memang cemerlang dan patut menerima anugerah.

    Maklumat yang saya kumpul:

    1.
    Amalina adalah orang Kelantan (emaknya berasal dari KB) ayah tiri orang
    Johor, tapi hal ini tidak ‘dihighlight’ akhbar tempatan berbahasa
    Melayu.

    2. Najmil Faiz ditabalkan oleh Kelab Umno Leeds/Bradford sebagai ‘pelajar terbaik’ semasa lawatan TPM Najib Tun Razak ke Manchester.

    3.
    Najmil Faiz berasal dari Pasir Mas, Kelantan (emak Kelantan/ayah orang
    Perak) tetapi ini pun tidak ‘dihighlight’ langsung dalam akhbar
    berbahasa Melayu, hanya dikatakan dia berasal dari Perak.

    4.
    Najmil Faiz hanya ‘present research proposal’ ketika ekspo pendidikan
    di London, bukan ‘research findings’. Semua ‘research proposal very
    promising’, tapi ‘findings’ macam mana? Itu belum boleh dijawab oleh
    beliau (belum ada sebarang penerbitan) tapi telah diiktiraf oleh Umno
    sebagai terbaik!

    5. Najmil Faiz belum menerbitkan sebarang
    ‘research paper’ yang melayakkan dia untuk dapat PhD. Sila rujuk laman
    web Engineering School, Leeds Metropolitan University (guna google),
    boleh dapatkan alamat e-mel dia di laman web itu dan sahkah perkara
    ini.

    6. Anugerah yang diberikan kepada Najmil Faiz ‘Good
    Prospect Research’ hanyalah bermaksud ‘research’ yang mempunyai
    ‘prospect’ untuk dijalankan. Anugerah ini tidak pernah didengari dalam
    bidang akademik. Sila ‘search’ dalam google, pasti tak jumpa. Atau sila
    tanya mana-mana ahli akademik, pasti tak ada seorang pun yang tahu.

    Saya
    tak mempunyai sebarang permusuhan dengan Najmil Faiz tapi amat tak
    bersetuju apabila Umno pandai-pandai bagi ‘anugerah’ hanya semata-mata
    nak mengembirakan hati Najib.

    Saya sebagai ahli akademik sangat membenci perkara ini kerana lambat laun ia akan merosakkan sistem pendidikan.

    Saya
    sedia memberikan lebih banyak maklumat mengenai kegiatan Kelab Umno di
    UK yang banyak menyusahkan pelajar bahkan merosakkan sistem pendidikan
    negara.

  2. The rules of the game:
    If support UMNO then get free award
    If UMNO gives an award then the student will be the best

  3. Well, I have to say this.
    Ramai je yang ada PhD as young as 25, cuma yelah, tak seglamorous mcm org lain cos we didn’t get 15A1 yada yada yada
    Inshaallah, i myself akan habis by end of this year and I am 24 now.

  4. Sebiji Guli Dalam Tin Sardin

    Apabila
    terbaca beberapa artikel blog ini saya terpanggil untuk memberi
    pendapat tentang surat pembaca bertajuk ‘Najmil Faiz, wira sebenar
    bangsa’.

    Pertamanya, saya berpendapat bahawa memberi hadiah
    atau anugerah kepada seseorang yang telah berbakti dan berjasa terhadap
    sesuatu badan atau komuniti adalah amat digalakan dan merupakan suatu
    amalan yang baik terutamanya apabila ia bertujuan untuk menggalakan
    orang lain melakukan kejayaan atau bakti yang serupa. Tetapi anugerah
    cemerlang adalah satu anugerah yang bebeza dan ia perlu melalui satu
    siri penilaian yang amat berhati–hati. Setiap calon yang dinamakan
    perlu dinilai secara adil dan mestilah mengikut kriteria–kriteria yang
    ditentukan lebih awal.

    Dalam kes Najmil dan Najib ini
    kedua–dua mereka terperangkap dalam satu aturcara yang diprogramkan
    oleh amatur yang tidak berpengalaman. Mereka hanya penyampai dan
    penerima anugerah. Orang yang bertanggungjawab ialah panel pemilihan.
    Siapakah mereka? Adakah mereka layak membuat penilaian? Apakah
    kriteria–kriteria pemilihan? Adakah proses pencalonan di war–warkan
    kepada semua? Semua ini adalah perkara yang perlu diketahui sebelum
    pemilihan dibuat, lebih–lebih lagi apabila melibatkan anugerah yang
    besar dalam bidang akademik. Anugerah yang diiktiraf oleh Kementerian
    Pengajian Tinggi.

    Saya percaya ramai lagi pelajar Malaysia
    yang lain menerima anugerah tertentu dalam persidangan akademik yang
    mereka sertai tetapi tidak mendapat anugerah seperti yang Najmil dapat.
    Saya bersimpati kepada mereka malah lebih lagi kepada Najmil kerana
    terpaksa menempuh semua kritikan disebalik anugerah tersebut. Namun
    begitu saya masih kagum dengan rakyat Malaysia kerana ramai lagi yang
    masih celik untuk membuat penilaian biarpun yang lain berkata siapa
    kita untuk menilai mereka.

  5. Bagi
    saya tentang anugerah yang diterima Najmil tidak perlu menjadi
    persoalan.Entah mengapa ramai yang tidak berpuas hati dengan anugerah
    kecemerlangan yang diterima oleh Najmil.Tapi apa yang paling boleh
    dibanggakan tentang anak muda ini adalah usaha,semangat dan azam yang
    sangat kuat yang amat mempengaruhi orang lain seperti saya yang mula
    mencontohi usahanya yang benar-benar meesap dan sebagi inspirasi kepada
    saya.Harap tidak ada lagi orang yang mengutu Najmil yang selama ini
    begitu tekun dan bersusah payah bukan saja untu dirinya tapi untu
    negara juga.

  6. Mungkin
    apa yang hendak saya cakapkan ini banyak berpihak pada saudara Najmil
    tetapi saya tidak pula menghentam mana-mana pihak yang ingin memberikan
    hujah atau pendapat mereka sendiri. Saya sangatlah bersetuju dengan
    saudari Nurliani tentang komen atau pandangan beliau pada saudara
    Najmil Faiz. Bagi saya setiap orang memang layak untuk menerima
    sebarang jenis anugerah dan tidak perlulah kita persoalkan anugerah
    yang telah diterima oleh orang itu. Cemerlang atau betul-betul
    cemerlang adalah satu yang subjektif. Kalau kita hendak mencari setiap
    budak yang pandai di Malaysia, saya tidak nafikan memang terlalu ramai.
    Mereka juga mungkin dikalangan orang-orang yang telah menerima anugerah
    malah lebih cemerlang dari Najmil. Macam saudara Najmil, anugerah yang
    diterima inilah yang akan membakar semangat beliau untuk terus
    megekalkan kejayaan beliau. Mungkin kita pernah dengar pepatah ini
    “Hendak Berjaya memang mudah tetapi untuk mengekalkan kejayaan itu
    amatlah payah.” Bila kita renungkan seorang budak berpangat 3 semasa di
    sekolah menegah dulu adakah mereka sedar untuk bangkit semula dari
    kegagalan? Saya tidaklah mengatakan yang tidak ada sama sekali memang
    ada. Tapi berapa ramaikah bilangannya? Adakah mereka betul-betul sedar?
    atau seperti melepaskan batuk di tangga? Cuba kita fikirkan. Jadi
    kenapa kita perlu menghentam orang lain seperti Najmil? Beliau sedar
    dari kegagalan beliau dahulu. Beliau cuba bangkit dari kegagalan beliau
    sehinggalah beliau dapat mengharumkan nama negara dengan kajian-kajian
    beliau. Haruskan beliau menerima anugerah ini?. Kalau ditanya pendapat
    saya, memang la harus. Kita patut berbangga dengan kejayaan anak melayu
    sekarang dan mendoakan agar lebih ramai yang lain akan menjadi seperti
    beliau. Jadi, jangan bercakap pasal orang lain kalau diri kita sendiri
    pon tidak betul. Ambil contoh dari saudara Najmil, lakukan setiap
    tugasan dengan bersungguh-sungguh nescaya satu hari nanti kita juga
    akan menerima anugerah dan mungkin anugerah yang kita terima lebih baik
    dari apa yang saudara Najmil terima. Akhir kata sambut cabaran saya
    untuk membuktikan yang kita juga boleh menjadi seperti beliau malah
    mungkin lebih baik lagi. Seperti apa yang telah dilaungkan oleh PM kita
    supaya menjadi seorang yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Wasalam.

  7. apsal budak kelantan Siti Fatimah Mukhtar, 18 tak diisytihar sebagai pelajar terbaik SPM tahun ni? Adakah kerana

    – dia org Kelantan & bersekolah di sekolah kerajaan negeri(baca PAS)?
    – cara study dia dengan menghafaz juga al quran tak match dengan Nur Amalina yg study sambil menonton AF3?
    – pakaiannya(tudung bulat) islamik berbanding Amalina(tudung beropol lagi..)

    Moga anugerah yg diterima Faiz adalah berdasarkan pencapaian
    akademik semata2 & bukan kerana dia ahli/berjawatan dalam Kelab Umno

    bacaan tambahan
    http://abechik.wordpress.com/2007/03/16/kementerian-seperti-tidak-iktiraf-kejayaan-pelajar-yik/

  8. Najmil
    Faiz yang pernah mengaku sebagai pelajar terbaik PhD di UK telah gagal
    dalam pengajiannya dan kini berkerja sebagai tukang sapu di UK. Laporan
    Kelab UMNO Luar Negara, London.

  9. Ehh…jgnlah
    nak salahkan Najmil Faiz ke saper ke….kalau dia fail ke apa ke….korang
    yg sibuk sgt tak puas hati tu ada ke nak tolong dia ke apa ke?

    aku yg tulis artikel tu tujuan asalnya sebab aku bangga giler ngan
    member aku husband & wife tu….aku pun takdelah nak berlagak ke apa
    ke….and aku skang ni pun macam tak lepas je PhD…masa tulis artikel tu
    memang berkobar-kobar, tapi liku-liku dan dugaan yg aku lalui, hanya
    aku, suami aku dan Allah je yang tahu….aku gagal sekarang, tapi
    InsyaAllah, kepayahan dan kesusahan yg aku lalui ni, aku akan tempuhi
    jugak, dan satu hari, kalau bukan pun sekarang, aku memang nak dapat
    PhD…

    Yang kau Fathi Haron…dahlah, kenapa nak cakap Najmil Faiz tu tukang
    sapu?Apa salah ke jadi tukang sapu?Buat apa nak kecoh2 kat blog aku dia
    tukang sapu?Kau tu bagus sgt ke?

  10. Yb
    Tengku, saya tak salahkan sesiapa.. saya bangga bila ada orang berjaya.
    Yang saya sebutkan ialah cerita ‘indah kabar dari rupa’. Khabarnya
    pelajar terbaik asia tenggara – macam mana boleh failed? Kerja
    tukang sapu pun ok sebab halal, lain la kalau ada orang kerja jadi
    pencuri yang menyusahkan orang ramai. Saya sokong dia kerja sebagai
    tukang sapu sebab halal.
    Belajar peringkat mana sekalipun, kena hati hati sebab pengakuan di
    akhbar atau self-claim memang tak ada guna bila tak dapat sijil dari
    universiti.
    Mungkin beliau boleh beli sijil fake di negara eropah untuk ditunjuk kepada rakyat malaysia 🙂


Tinggalkan Jawapan kepada nurliani bt abd aziz Batal balasan

Kategori