Posted by: kuyan | Ogos 23, 2006

Papa’s on the newspaper I did not even realise it!!

Called Mama last night, I can never forget when Mama said
that Papa worked like hell to raise all of us…my heart cries
everytime I remember this…

Bicara Agama

Masjid Diraja Sultan Sulaiman kekalkan pengaruh seni bina British
Oleh: ZUNAIDAH ZAINON

MASJID Diraja Sultan Sulaiman yang berusia 74 tahun telah dibina pada 1932.
————————————————————————————————————————

PENJAJAHAN British
selama 160 tahun di Tanah Melayu telah memberi pengaruh yang cukup
besar ke atas gaya seni bina tempatan terutamanya kawasan penempatan
pihak British.

Dari segi estetik, seni bina kolonial British
di Malaysia secara dasarnya berbentuk hibrid yang boleh dikategorikan
kepada pengaruh Moor, Tudor, Neoklasik dan Neo–ghotic.

Kebanyakan
arkitek dan jurutera kelahiran British yang pernah berkhidmat di India
dan beberapa negara jajahan British telah mengilhamkan gaya seni bina
Moghul. Ia kemudiannya dikembangkan kepada beberapa binaan bangunan
pentadbiran kerajaan termasuklah stesen kereta api di Semenanjung
Malaysia.

Pengaruh seni bina Moor dapat dilihat pada
Bangunan Sultan Abdul Samad yang didirikan pada 1897, Stesen Keretapi
(1911) dan Ibu Pejabat Pengurusan Keretapi (1917). Secara kebetulan,
terdapat beberapa arkitek dan jurutera yang terlibat dalam pembinaan
masjid di Malaysia. Ini menjadikan gaya seni bina masjid berbeza dengan
bentuk vernakular.

Gaya vernakular mempunyai ciri–ciri
rumah Melayu tradisional yang dipengaruhi oleh faktor seperti keadaan
iklim, penggunaan material, kerja tangan dan latar belakang etnik.
Contoh masjid vernakular dengan pengaruh tradisional ialah Masjid
Kampung Laut, Kelantan yang dibina pada 1730, Masjid Langgar, Kelantan
(1871) Masjid Paloh, Perak (1912).

Antara masjid yang
menerima sentuhan arkitek British ialah Masjid Diraja Sultan Sulaiman
yang terletak di Klang, Selangor. Arkitek yang bertanggungjawab ialah
L.Keste Ven. Masjid ini yang didirikan pada 1932 masih mengekalkan
keasliannya hingga ke hari ini.

Menurut cucu kepada
Sultan Alauddin Sulaiman Shah yang juga Tengku Syahbandar Selangor,
Tengku Ahmad Tajudin Tengku Abdul Aziz Shah al-Haj
, keistimewaan masjid ini terletak pada pengaruh seni bina British yang sudah tidak ada lagi pada binaan masjid moden hari ini.

“Sekali
pandang, ia tidak ubah seperti sebuah gereja kerana binaan menara
masjid yang unik. Ini kerana, ia menerima pengaruh daripada jajahan
British pada waktu tersebut,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di
kuarters Istana Alam Shah baru–baru ini.

Beliau yang mesra
dengan panggilan Pak Ungku menceritakan, tujuan utama Sultan Sulaiman
mendirikan masjid tersebut ialah untuk memudahkannya bersembahyang
jemaah dengan rakyat terutama pada hari Jumaat.

“Dengan
itu, almarhum membina masjid tersebut yang boleh memuatkan hingga 3,000
jemaah. Kadang–kala Sultan Sulaiman akan berkhutbah pada hari Jumaat,”
tambah beliau.

Antara pengaruh gaya seni bina Barat yang
dapat dilihat pada masjid ini ialah ukiran di mimbar yang nampak
seolah–olah seperti salib sekiranya diperhatikan dengan teliti.
Bagaimanapun, ukiran tersebut tidak boleh dibuang kerana ia akan
merosakkan keasliannya.

Sebaliknya, pihak pengurusan masjid
mengambil keputusan menutup ukiran tersebut dengan ayat Kursi.
Unsur–unsur lama yang masih dikekalkan ialah cermin berwarna–warni yang
boleh dilihat di bahagian atas kubah masjid.

“Memang ada
cadangan untuk menjadikan masjid ini sebagai warisan negara. Atas sebab
itu, Sultan Selangor amat peka dan tidak mahu sebarang pengubahsuaian
dilakukan pada masjid kerana hendak mengekalkan keaslian pembinaannya
pada 1932. Apa yang dilakukan hanyalah baik pulih seperti

cat
baru supaya masjid kelihatan lebih menarik. Hingga kini, satu–satunya
pengubahsuaian yang dilakukan ialah tempat wuduk yang dahulunya
merupakan sebuah kolam besar. Selain itu, pada 1982, beberapa
penambahan di kawasan masjid dilakukan bersesuaian dengan peningkatan
jemaah,” ujar Pak Ungku.

Walaupun, sudah berusia 74 tahun,
bangunan masjid ini masih kukuh dan teguh. Misalnya, pintu besi yang
terdapat di sekitar masjid tidak pernah ditukar melainkan ditukar
dengan cat baru. Begitu juga dengan mimbar yang diperbuat daripada kayu
cengal dan chandeliar masih bertahan sehingga ke hari ini. Batu–bata
dan marmar yang diimport dari negara–negara Islam seperti Turki
menjadikan suasana pengudaraan dalam masjid nyaman dan menenangkan.

“Sebelum
Masjid Sultan Abdul Aziz di Shah Alam dibina pada 1989, masjid ini
berfungsi sebagai masjid negeri yang menjalankan pelbagai aktiviti
seperti sambutan hari kebesaran Islam, Israk Mikraj, Maulidur Rasul,
ceramah agama dan sebagainya. Tetapi, selepas itu, kebanyakan aktiviti
tertumpu kepada masjid tersebut yang lebih luas dan selesa. Masjid ini
sebenarnya pernah memberikan sumbangan besar kepada penduduk Kampung
Jawa terutama kepada para pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah,” ujar
beliau lagi.

Sebagai masjid yang terletak berdekatan
dengan Makam Diraja, Pak Ungku tidak menolak berlakunya beberapa
perkara mistik berdasarkan kepada cerita pengawal yang menjaga masjid
pada waktu malam.

“Bagaimanapun, saya tidak berhadapan
dengan gangguan–gangguan mistik sedemikian. Pernah pengawal bercerita
kepada saya, pada waktu malam ada makhluk yang mengejutkannya ketika
sedang nyenyak tidur. Malah musafir yang bermalam di masjid juga turut
diganggu. Tetapi, ia terpulang kepada niat individu terbabit. Kalau
niatnya baik, insya–Allah, mereka tidak akan diganggu,” katanya.

Advertisements

Responses

  1. hi
    aisha!…actually kita ni 1st cousin. Tapi tak pernah jumpa kot.
    Mungkin ada jumpa semasa majlis…etc.tapi tak kenal. I anak Tengku
    Norpisah bte Tengku Abdul Aziz Shah Al-Haj..atau Ende Pisah. My
    sis..Raja Bismayazan (Bisma/Mama). Hope you boleh ingat.
    Boleh tak e-mail kan pd I article pasal mesjid tu. Thanks.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: