Posted by: kuyan | November 13, 2007

Amboi pandainya dia berpantun…

Best pulak pantun Am post kat SEMSAS group…

Ni nak simpan kat sini….bila baca boleh jiwaaanngggg…..hehehe…(jgn marah awakk…..)

Orang jauh dikenang-kenang,
Hanya terkenang pada yang satu,
Mula berkenal kemudian bertunang,
Diatas pelamin sama bersatu.
 
Selamat Pengantin Baru Syed. Kami doakan semoga ko dan bakal isteri dirahmati Allah SWT, berbahagia hendaknya berkekalan hingga ke akhir hayat. Bila dah hidup sebagai suami isteri nanti, kena lah lebih selalu bertolak ansur dan saling faham memahami (ikram).
 
Amat garang datuk bendahara,
Musuh sembunyi digunung ganang,
Dulu seorang kini berdua,
Hidup bersama susah dan senang.
 
Tiup serunai di atas kota,
Uda memupuk bunga Melati,
Mula kenal kemudian bercinta,
Cinta tersemai didalam hati.
 
Feringgi melanggar Inderagiri,
Lalu dibedil oleh laksamana,
Suami ibarat kepala negeri,
Hendaklah adil lagi saksama.
 
Ayam dara di buat gulai,
Gulai dimasak cucu pak mamat,
Riang gembira kedua mempelai,
Semoga berkekalan ke akhir hayat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: