Posted by: kuyan | September 30, 2008

Salam Aidilfitri

Aidilfitri tiba lagi
Di Saat mereka gembira
Di samping famili
Kami berdua cuma
bertemankan sepi
 
Takbir raya bergema
Lagu raya berkumandang
Hati merintih hiba
Jiwa sayu terkenang
waktu bersama sanak-saudara
 
 
Hampir sedekad lamanya
Kami tak dapat beraya
Nun jauh di sana
Tanahair yang tercinta
 
 
Namun itulah pengorbanan kami
Membela nasib diri dan keluarga
Mencari rezeki di bumi Illahi
Biarpun jauh di hujung dunia
 
 
Wahai ayah ibu sekeluarga
Sanak-saudara sahabat dikasihi
Salam Aidilfitri untuk semua
Zahir batin maafkanlah kami
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: